Friday, 23 October 2015

CERITA DR MTQ BUMI WATANIAH 3
Ingin ku kongsikan kisah seorang muridku.. yg menjadi peserta tilawah di peringkat negeri kali ini... sebelum anda memahami apa2, harus anda ketahui, bkn niatku mendedahkan kekurangan nya, namun utk diambil iktibar. Mungkin juga jika anda seorang yg berkemampuan, jika rasa ingin membantunya bolehla pm aku.. aku bulih tunjukkan anda kpd kelurganya..
Dia anak seorang jaga. Gaji xseberapa. .
Adik beradik 8 orang.. ibunya mengidap kanser.. aku mengenali keluarga ini sewaktu bertanyakan org kg di sini, tentang org yg perlu diberikan zakat. Lalu ditunjukkan kpd ku rumahnya..
Sesampainya dirumahnya.. hatiku terus menangis.. melihat kedhaifan mereka.. Ya Allah. . Bagaimana lah mereka hidup dlm rumah 'sebesar' ini.. dgn bilangan ahli keluarga mereka.. aku anggarkan sebuah rumahnya bersamaan dgn dua buah bilik rumah yg kusewakan skrg..
Setelah memberi salam.. dan dia menjawab salamku.. aku xtergamak utk naik.. maaf...jgn pula fikir aku menghinanya.. Sbnrnya aku xtergamak krn takut dia xselesa menerima kedatanganku.. dia pun teragak2 utk menjemputku naik.. aku pun fhm keadaan mereka lalu aku katakan kpdnya,
"xape bang..jumpa abg kat bwh ni pun xapa dah.. sekejap jer"..
Setelah aku menghulurkan kewajibanku (zakat) kpdnya...kelihatan wajah penuh syukur padanya..
Ayahnya seorang yg mementingkan agama.. jemaah tetap di masjid dan surau.. Anak2 nya slps tamat darjah 6 terus dihantar ke pondok.. ada seorang telahpun hafiz pada umur belasan tahun dan menjadi imam tarawih..
Sewaktu nama anak muridku dipanggil ke pentas, johan peringkat zon.. ada cikgu2 sklh lain berbisik dan bertanya.. kenapa nmpk mcm low profile jer budak nih.. dgn pakaian yg agak lusuh.. lalu dijelaskan lah keadaan keluarganya..
Utk pergi bertanding...songkok pun dia tak ada..lalu aku berikan songkok anakku kpdnya.. masa nk pergi peringkat negeri. .dia xpunya baju melayu.. aku bisikkan kpd gb hal tersebut.. Alhamdulillah gb n gpk bermurah hati utk menaja pakaian dia.. aku bersama ustz sorg lg dan gb pun pergi cari pakaiannya..sampai di kedai, lalu bila tanya2..diceritakan sedikit sebanyak perihal anak muridku ini..
Sewaktu nk byr.. tuan kedai kata. . Tak apa. . Xpyh byr.. ini sy bg kat anak ini..
Allahuakbar! Murah rezeki kau nak..
Aku melatihnya tilawah... bingung.. mcm mana nak bagi dia dgr.. aku ingat nak record bacaan dan nak suruh dia dgr dan blatih dirumah..tapi maklumlah.. mereka xada kemudahan spt kita.. tv xada.. radio xada.. komputer @ laptop jauh sekali.. begitu juga tlp yg canggih2..
Akhir sekali. .mujur lah ada shbt yg sudi bagi pinjam speaker kecil.. tinggal lagi aku masukkan rakaman bacaanku ke dlm pendrive dan berikan kpdnya utk dipasang pada speaker tersebut..
Selesai pertandingan aku mengajaknya ke KFC.. aku bertanya kpdnya.. awk pernah dok mkn KFC??? Dia hanya menggelengkan kepalanya... Allahurabbi. ... kdg2 kita sedap jer menikmati juadah mknn kita seharian..tapi saudara kita?? Kita xpeduli.. Ya Allah. .. byknya dosaku padamu.. Kerana mengabaikan saudaraku...
Pengajaran pertama. .
Mengapa mereka yg hidup dhaif, tidak takut dan kuat tawakkalnya kpd Allah berbanding kita.. cth dlm bab anak.sebahagian kita, suami isteri bekerja... gaji beribu2. . Tapi bila ditanya kenapa xtambah lg anak, ada yg jawab xdan.. kos byk dan lain2. .
Kedua. .
Kadang2. .. kita jarang 'menjenguk' kehidupan saudara kita yg memerlukan..
Kecil bg kita tapi besar bagi mereka.. ini yg jadikan kita org yg bersyukur atau tidak..
Ketiga..
Kadang2 kekayaan. .kemewahan kereta kita belum tentu membuatkan kita boleh 'sampai' ke masjid.. kdg2 yg berbasikal dan berjalan kaki itu lbh mesra dgn rumah Allah berbanding kita..
(Ingatan utk diriku...)..
P/s ::: sekali lagi.. coretan ini utk aku kongsikan tentang kehidupan saudara seagama kita.. mungkin ada yg ingin membantu..amatlah dialu2kan...

No comments:

Post a Comment