Friday, 23 October 2015



Pertandingan Hafazan, Tilawah dan Bercerita
Majlis Tadarus Alquran Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia 2015








            Majlis Tadarus Alquran (MTQ) adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya bertujuan mencungkil bakat para pelajar khususnya dalam bidang hafazan dan tilawah Alquran serta kebolehan bercerita kisah-kisah dari Alqur’an.

            Kali ini, Sekolah Kebangsaan Putera Jaya, Setiu , tidak ketinggalan untuk menghantar wakil ke pertandingan tersebut. Berikut adalah butiran mengenai penyertaan murid Sekolah Kebangsaan Putera Jaya, Setiu :
1.     Peringkat Zon

Pertandingan Hafazan, Tilawah dan Bercerita ini berlangsung pada 25 Mac 2015 di Sekolah Kebangsaan Kampung Buluh. Pada peringkat ini seramai 6 orang pelajar yang menyertainya sebagaimana berikut.

Hafazan : 1. Umar Fadhlurrahman Bin Rusman (Peserta Lelaki)
                  2.  Nurul Mardhiah Bt Mohd Taufeq (Peserta Perempuan)

Tilawah  : 1. Abdul Azib B. Mad Robi(Peserta Lelaki)
                  2. Syakirah Bt Abu Bakar(Peserta Perempuan)

Bercerita : 1. Zafir Hakim Bin Zaimeri(Peserta Lelaki)
                    2.Ainie Najibah bt Ashek(Peserta Perempuan)

Pencapaian di peringkat zon, SK Putera Jaya mendapat johan dalam kategori hafazan lelaki dan tilawah lelaki serta tempat ketiga bagi kategori bercerita lelaki. Manakala kategori hafazan,tilawah dan bercerita perempuan sekadar mendapat saguhati. Ini bermakna 2 orang peserta mewakili zonk e peringkat daerah.
2.     Peringkat Daerah.

Seterusnya, pertandingan Tilawah, Hafazan dan Bercerita ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong , Setiu pada 7 April 2015. Dua orang peserta dari SK Putera Jaya yang menyertainya iaitu:

           Tilawah Lelaki-Abdul Azib Bin Mad Robi
           Hafazan Lelaki-Umar Fadhlurrahman Bin Rusman
Pencapaian : Sekali lagi kedua-dua peserta ini mendapat Johan dan    mewakili Daerah Setiu ke Peringkat Negeri.

3.     Peringkat Negeri
Pertandingan di peringkat negeri pula berlangsung pada 17 dan 18 April 2015 bertempat di SMKA Wataniah, Besut. Kedua-duanya sekadar mendapat saguhati dalam pertandingan tersebut. Namun begitu, ianya tetap merupakan pencapaian yang membanggakan.


Kekuatan dan Kelemahan;
Kekuatan- Bagi peserta tilawah lelaki dan bercerita lelaki, masing-masing menunjukkan potensi yang cukup membanggakan. Mereka juga masih berpeluang untuk memperbaiki kelemahan dan menyertai lagi pada tahun hadapan memandangkan mereka sekarang masih berumur 10 dan 11 tahun.

Kelemahan- Kekurangan dan kekangan waktu untuk membuat latihan yang mencukupi. Peserta yang tiada pengalaman pula kelihatan gugup berhadapan dengan penonton yang ramai.


Penutup
            Alhamdulillah pertandingan ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Secara keseluruhannya pencapaian peserta-peserta dari sekolah ini amat membanggakan. Hasil daripada sokongan yang diberikan oleh pihak pengurusan dan juga hasil dari komitmen yang ditunjukkan oleh jurulatih-jurulatih. Selain itu juga, usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh peserta amatlah memberangsangkan. Semoga usaha dan semangat seperti ini dapat diteruskan dari satu generasi ke generasi yang akan datang demi meningkatkan kemahiran pelajar itu sendiri dan sekaligus dapat mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.








Disediakan oleh,                                                                 


MOHD NAZRI BIN MANSOR)                         
Pengurus,                                                                   
Peserta MTQ,                                             
SK Putera Jaya.:









No comments:

Post a Comment